Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

15 minit
Saiz Hidangan

3 pax

Bahan-bahan
- 1 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 1½ Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- ½ Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 3 Sudu Besar Sos Karamel Cheong Chan
- 135g Angel Hair Kimball, Masak Mengikut Arahan Pada Paket
- 160g Daging Ayam Kisar
- 70g Bawang Besar, Didadu Kecil
- 2 Sudu Besar Kacang Hitam Masin, Dicincang Halus
- 100g Ubi Kentang, Didadu Kecil
- 60g Kacang Buncis, Dihiris Nipis
- ½ Cawan Air
- 4 Hirisan Keju Cheddar , Didadu Kecil
- 1 Sudu Besar Tepung Jagung + 1 Sudu Besar Air
- 3 Nos Telur Rebus
- 2 Sudu Besar Minyak Masak
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar dan ubi kentang sehingga menjadi empuk, kemudiannya masukkan kacang hitam masin dan ayam. Kacau sehingga sebati.
- Seterusnya, masukkan air, Sos-Sos Kimball dan Sos Karamel Cheong Chan. Biar mereneh pada suhu rendah selama 2 minit.
- Kemudiannya, masukkan kacang buncis, keju cheddar dan masak sehingga keju cair. Masukkan campuran tepung jagung dan padamkan api.
- Untuk menghidang, letakkan angel hair yang telah dimasak di dalam mangkuk, taburkan campuran daging ayam di atas dan hidang bersama dengan telur rebus.